Wednesday 17 August 2011

Permohonan Kemasukan MTD 2012



Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2012 sudah dibuka sekarang kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2011. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2011.
Sejarah kecemerlangan seorang Putera MTD bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan.
Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa InggerĂ­s, Matematik dan Sains) 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2011 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun dengan mengunakan IE borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan,
      Pusat Pengurusan Maklumat,
      Maktab Tentera Diraja,
      Kem Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2012 ditutup pada 30 September 2011.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.

Friday 12 August 2011

RANKING UNIVERSITI DI MALAYSIA DAN DUNIA

World Rank             University                                              
629 Universiti Sains Malaysia         1

694 Universiti Teknologi Malaysia         2

731 Universiti Kebangsaan Malaysia         3

771 Universiti Putra Malaysia         4

788 University of Malaya         5

995 Universiti Malaysia Perlis         6

1126 Multimedia University         7

1133 Universiti Teknologi Mara         8

1344 Universiti Malaysia Pahang         9

1491 International Islamic University of Malaysia *         10

1572 Universiti Utara Malaysia         11

1838 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia         12

1838 Universiti Tenaga Nasional         13

1862 Universiti Malaysia Sabah         14

2106 Open University Malaysia         15

2127 University of Nottingham Malaysia         16

2154 Universiti Teknologi Petronas         17

2274 Universiti Sains Islam Malaysia         18

2993 Universiti Pendidikan Sultan Idris         19

3333 Taylor's University College         20

3450 Universiti Teknikal Malaysia Melaka         21

3847 Universiti Tunku Abdul Rahman         22

3859 Universiti Malaysia Terengganu         23

4571 Universiti Malaysia Sarawak         24

5011 Universiti Tun Abdul Razak *         25

5068 Monash University Malaysia         26

5266 Universiti Industri Selangor         27

5375 Wawasan Open University         28

5528 UCSI University         29

5554 Curtin University of Technology Sarawak Campus         30

6117 Asia Pacific Institute of Information Technology         31

6628 International Medical University         32

6716 Help University College         33

6795 Tunku Abdul Rahman College         34

6809 Al Madinah International University         35

6867 Universiti Kuala Lumpur         36

6995 National Defence University of Malaysia         37

7003 Segi College         38

7027 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul ..         39

7209 Universiti Malaysia Kelantan         40

7608 Limkokwing University of Creative Technology *         41

7826 KDU College         42

7991 Selangor International Islamic University College         43

8326 Sunway University College         44

8529 Malaysia Theological Seminary         45

8705 Malaysia University of Science & Technology         46

8772 Olympia College Malaysia         47

8864 Swinburne University of Technology Sarawak Campus         48

9345 Malaysian Institute of Management         49

9479 University of Malaya Medical Center & Faculty of M..         50

9541 INSANIAH University College         51

9879 Taman Pertanian University         52

9897 Kuala Lumpur Infrastructure University College         53

9911 International Centre for Education in Islamic Fina..         54

10114 Majlis Peperiksaan Malaysia         55

10143 Cyberjaya University College of Medical Sciences         56

10169 Disted-Stamford College         57

10169 Berjaya University College of Hospitality         58

10281 Asia e University         59

10425 KBU International College         60

10831 New INTI College         61

11254 TATI University College         62

11571 Nilai International College         63

11889 Asia Pacific University College of Technology & In..         64

11975 AIMST University         65