Friday 30 December 2011

PENDAFTARAN TINGKATAN 1, 2, 3, 5 DAN 6 ATAS


Pendaftaran bagi sesi persekolahan 2012 SMK Tun Habab akan dijalan kan seperti berikut

TARIKH
2 JANUARI 2012

MASA
8.00 pagi - 12.00 tengah hari

TEMPAT: 
TINGKATAN 1 - DEWAN SMK TUN HABAB
TINGKATAN 2, 3, 5 DAN 6 ATAS - KELAS

PAKAIAN:
BAJU SEKOLAH LERRRR.....DH LAMA PAKAI BAJU BIASA KAN.....

Penjualan buku-buku tulis dan keperluan pembelajaran akan dijalankan oleh pihak koperasi pada hari tersebut.  Sila bawa wang kecil secukupnya
Tiada sebarang bayaran yuran dikenakan, semuanya percuma

Semua pelajar yang berminat meneruskan pembelajaran di SMTH sila bertindak.....hihihihihi



Sunday 27 November 2011

KERJA RUMAH MASA CUTI TING.2 DAN TING. 3 TAHUN 2012

1. KEMAHIRAN HIDUP TING 2 DAN TING 3 TAHUN 2012 (PILIHAN KT DAN PILIHAN ERT)
    a. Sila buat nota bab 1
    b. Gunakan buku nota untuk tahun 2012

2. SAINS
    a. Tingkatan 2 - Buat Nota Bab 1
    b. Tingkatan 3 - Buat Nota Bab 1 hingga Bab 3

3. SEJARAH
    a. Tingkatan 2 - Buat Nota Bab 1 dan Bab 2

4. GEOGRAFI
    a. Tingkatan 2 - Baca Bab 1 hingga Bab 6 Buku Teks Tingkatan 2 dan Buat Nota Ringkas
    b. Tingkatan 3 - Baca Nota dan Peta Tingkatan 2

5. PENDIDIKAN ISLAM TING 2 DAN TING 3 TAHUN 2012
    a. Sila Buat Nota Tajuk 1 dan Tajuk 2 Setiap Bab

Wednesday 16 November 2011

17/11/2011: MINGGU 2 HARI KE 8

TINGKATAN 1: 16/11/2011 DIREHATKAN KERANA PEPERIKSAAN SPM
TINGKATAN 2: 17/11/2011 DIREHATKAN KERANA PEPERIKSAAN SPM
 
PAKAIAN:
T-SHIRT MAROON TUN HABAB
TRACK-SUIT
BERSTOKIN DAN BERKASUT SUKAN
 
SEBELUM REHAT:
SOLAT ZOHOR (1.05 - 1.20 PTG)
TEMPAT:KELAS TING 2 (1.20 - 4.00 PTG)
LATIHAN PERTANDINGAN NASYID (LELAKI/PEREMPUAN)
- 2 kumpulan (lelaki 1 kumpulan) dan (perempuan 1 kumpulan)
- 1 kumpulan 7 orang ahli
- lagu nasyid bebas (lagi bagus kalau ada minus one)
- lagu boleh dikarang sendiri

REHAT DAN SOLAT ASAR (4.05 - 4.40)
SELEPAS REHAT
TEMPAT: KANTIN (4.40 - 6.30 PTG)
PERTANDINGAN NASYID TINGKATAN 1 (lelaki/perempuan)
- undian akan dijalankan
- pertandingan persembahan nasyid
HARAP SEMUA DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN

Sunday 13 November 2011

14 -15/11/2011: MINGGU 2 HARI KE 5 & 6

TINGKATAN 1: 14/11/2011 DIREHATKAN KERANA PEPERIKSAAN SPM
TINGKATAN 2: 15/11/2011 DIREHATKAN KERANA PEPERIKSAAN SPM
PAKAIAN:
T-SHIRT PJ PUTIH
TRACK-SUIT
BERSTOKIN DAN BERKASUT SUKAN

TINGKATAN 2 & 1: PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING


TEMPAT: PADANG FUTSAL AADK KOTA TINGGI

a. pelajar diminta untuk hadir ke sekolah dahulu bagi urusan kehadiran pelajar
b. pelajar akan bergerak dalam kumpulan ke padang futsal AADK secara serentak
c. guru-guru akan mengiringi pelajar sebagai langkah keselamatan
d. pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan AADK sepanjang pertandingan sehingga
    waktu balik

sila maklumkan kepada ibu bapa untuk mengambil anda di sekolah dan BUKAN di AADK kerana kita akan balik semula ke sekolah pada jam 6.30pm.....waktu tu belum tamat masa sekolah ek!

TINGKATAN 2 & 1: PERTANDINGAN KERETA KAWALAN JAUH

a. Pelajar yang berminat tetapi terlepas peluang pada pertandingan yang lepas dialu-alukan untuk menyertai 
    pertandingan ini
b. pertandingan akan dijalankan semula serentak dengan pertandingan futsal
c. bagi pelajar perempuan yang berminat juga boleh menyertai pertandingan ini
d. hanya perlumbaan secara drag sahaja akan dijalankan dalam 3 pusingan

Thursday 10 November 2011

11/11/2011: AKTIVITI HARI KE EMPAT

PAKAIAN:
PAKAIAN PJ T-SHIRT PUTIH
TRACK SUIT GELAP
STOKIN
KASUT SUKAN

PROGRAM SEBELUM REHAT


TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 (LELAKI/PEREMPUAN)

PERTANDINGAN KERETA KAWALAN JAUH

a. buat kumpulan seramai 2 orang

b. seorang berperanan sebagai driver, seorang berperanan sebagai pengurus litar
c. dipertandingan dalam 2 acara iaitu drag dan race
d. dijalankan di dataran sebelah dewan
 
TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 (LELAKI DAN PEREMPUAN) YANG TIDAK MENYERTAI PERTANDINGAN DI ATAS
 
PERTANDINGAN BAHAN TERBUANG ATAU PERTANDINGAN GUBAHAN

a. satu kumpulan 5 orang

b. bahan terbuang suratkhabar, plastik minuman, plastik, tin, straw, ranting kayu dsb
c. gubahan kain kain batik, kain pelikat, tuala, saputangan, songket, tudung,
    stokin...eeee...pastikan bukan yang berbau
d. google ler gambar2 untuk cari pertandingan dia atas..........pastikan rakan-rakan kumpulan
    tahu untuk selaraskan bahan yang perlu di bawa

ok saya stop setakat ni dlu...nak gi kem koko di teluk sengat................bye2

Wednesday 9 November 2011

10/11/2011: AKTIVITI HARI KETIGA

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar ting. 1 dan ting. 2 sesi petang kerana tidak dapat bersama-sama dengan anda pada hari ini kerana saya terlibat dengan Program Tranformasi Bina Insan di Pusat Kokurikulum Johor Kampung.  Namun saya percaya program ini akan dapat dijalankan dengan baik oleh semua warga sesi petang SM Tun Habab....

PAKAIAN:
PAKAIAN SERAGAM PASUKAN BADAN BERUNIFORM LENGKAP SEMPENA HARI ANUGERAH KO-KURIKULUM

PROGRAM SEBELUM REHAT

TINGKATAN 1: PERTANDINGAN MEMBUAT DAN MENAIKKAN LAYANG-LAYANG

a. buat kumpulan seramai 5 orang
b. bahan diperlukan plastik/kertas surat khabar sebagai badan layang-layang,

c. bahan lain lidi/buluh sebagai rangka layang-layang,
d. gam serta benang secukupnya
e. masa membuat layang-layang adalah selama satu jam dan masa untuk menaikkan layang
    -layang anda juga satu jam

TINGKATAN 2: PERTANDINGAN RUBICK-CUBE

a. dijalankan secara individu
b. sila bawa rubick-cube anda bagi menjimatkan masa pertandingan

c. pemenang dikira melalui siapa yang selesaikan dahulu dalam 3 pusingan
d. pertandingan dijalankan secara kalah mati


PROGRAM SELEPAS REHAT

TINGKATAN 1: PERTANDINGAN EKSPLORACE

a. buat kumpulan seramai  9 orang
b. peserta akan diminta menjawab soalan-soalan yang disediakan dengan betul dengan

    masa yang terpantas 
c. clue untuk mencari bahan akan disediakan

TINGKATAN 2: PERTANDINGAN JAHITAN MANIK

a. dijalankan secara kumpulan (1 kumpulan 2 orang ahli)
b. sila bawa manik untuk hiasan pada baju secukupnya

c. sila bawa jarum dan benang
d. sila bawa potongan kain/perca kain...kalau tak bawak guna kertas surat khabar ajer la nnt
e. jika ada teddy-bear/anak patung kain/ lain-lain yang boleh dihias lebih baik supaya boleh
    dijahit pada patung tu untuk kelihatan lebih cantik

Tuesday 8 November 2011

09/11/2011: AKTIVITI HARI KE 2

PAKAIAN:
BAJU T-SHIRT MAROON
TRACK-SUIT WARNA GELAP
BERSTOKIN
KASUT SEKOLAH
TUDUNG PUTIH SEBAGAIMANA PERATURAN SEKOLAH

PROGRAM SEBELUM REHAT
TI: TAYANGAN GAMBAR
T2: PENERIMAAN BUKU TEKS

PROGRAM SELEPAS REHAT

TI: PENYEDIAAN MINUM PETANG

a. buat kumpulan seramai 5 orang
b. bawa makanan minum petang seperti mee goreng dsb (telah siap dimasak)
c. bawa air teh, kopi, teh o dsb (telah disiapkan)
d. bawa mangkuk/pinggan/garpu/sudu
e. alas meja dan sedikit hiasan meja

anda boleh google dengan menggunakan perkataan "MENU MINUM PETANG"


T2: MEMASAK/MENYEDIAKAN SANDWICH

a. buat kumpulan seramai 5 orang
b. bawa roti, sardin, tuna, telur goreng, majerin dsb untuk inti sandwich

c. tidak lupa bawa salad, timun, bawang atau tomato sebagai penyedap inti sandwich
d. bawa air untuk minum, boleh sejuk/panas (telah disiapkan)
d. bawa  piring/pinggan/gelas/garpu/pisau...western style ni...
e. alas meja dan sedikit hiasan meja


anda boleh google dengan menggunakan perkataan "RESEPI SANDWICH"

Monday 7 November 2011

08/11/2011: PENGUMUMAN AKTIVITI

PAKAIAN :
BAJU PJ PUTIH SAHAJA
TRACK-SUIT BIRU GELAP
BERSTOKIN
KASUT SEKOLAH

PROGRAM: PEMULANGAN BUKU TEKS T1 DAN T2
a. pastikan semua disampul
b. ikat dengan tali rafia dengan kemas
c. letakkan nama dan tingkatan di bahagian paling atas buku
d. sediakan wang bayaran ganti buku - jika hilang

PROGRAM MASAK MAGGIE T1

a. buat kumpulan seramai 5 orang
b. bawa maggie, air panas
c. bawa sayur, telur, tomato dsb (telah tersedia direbus/goreng/masak)
d. bawa air minuman (sirap, oren dsb)
d. bawa mangkuk/pinggan/garpu/sudu
e. alas meja dan sedikit hiasan meja

anda boleh google dengan menggunakan perkataan "
RESEPI MASAK MAGGI"

PROGRAM MENYEDIAKAN MINUM PETANG T2

a. buat kumpulan seramai 5 orang
b. bawa makanan minum petang seperti mee goreng dsb (telah siap dimasak)
c. bawa air teh, kopi, teh o dsb (telah disiapkan)
d. bawa mangkuk/pinggan/garpu/sudu
e. alas meja dan sedikit hiasan meja

anda boleh google dengan menggunakan perkataan "MENU MINUM PETANG"

Friday 4 November 2011

CONTOH GAMBAR MINUM PETANG




Bubur Kacang Hijau Bubur Pulut Hitam
Pengat Pisang Nangka Pengat Durian
Bubur caca Bubur Lambuk
Laksa Penang Mee Kari
Soto Behon Sup
Mee Bandung Mee Rebus
Laksa Kelantan Laksam

CONTOH GAMBAR MASAK MAGGIE


Tuesday 18 October 2011

PENGUMUMAN PENTING

Perhatian kepada semua pelajar-pelajar Ting. 1 dan Ting. 2

Borang pendaftaran pertandingan yang telah disiapkan dengan lengkap hendaklah
diserahkan kepada EN ROHAIMI selewat-lewatnya sebelum atau pada ....
TARIKH
21 OKTOBER 2011

MASA
SEBELUM JAM 6.30 PETANG

bagi kelas-kelas yang gagal mendaftarkan penyertaan sebelum masa yang telah ditentukan maka penyertaannya akan
dipotong masa pertandingan selama 10 minit.

sekian, harap maklum

Monday 17 October 2011

Sunday 16 October 2011

PROGRAM PENJANAAN MINDA AKHIR TAHUN TING 1 DAN 2

kepada pelajar-pelajar yang inginkan maklumat program sila klik download di bawah bagi mendapat kan jadual dan syarat-syarat pertandingan serta borang pendaftaran

DOWNLOAD DI SINI

untuk dapatkan PASSWORD sila e-mel
 eshamth@gmail.com

Wednesday 17 August 2011

Permohonan Kemasukan MTD 2012



Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2012 sudah dibuka sekarang kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2011. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2011.
Sejarah kecemerlangan seorang Putera MTD bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan.
Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2011 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun dengan mengunakan IE borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan,
      Pusat Pengurusan Maklumat,
      Maktab Tentera Diraja,
      Kem Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2012 ditutup pada 30 September 2011.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.

Friday 12 August 2011

RANKING UNIVERSITI DI MALAYSIA DAN DUNIA

World Rank             University                                              
629 Universiti Sains Malaysia         1

694 Universiti Teknologi Malaysia         2

731 Universiti Kebangsaan Malaysia         3

771 Universiti Putra Malaysia         4

788 University of Malaya         5

995 Universiti Malaysia Perlis         6

1126 Multimedia University         7

1133 Universiti Teknologi Mara         8

1344 Universiti Malaysia Pahang         9

1491 International Islamic University of Malaysia *         10

1572 Universiti Utara Malaysia         11

1838 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia         12

1838 Universiti Tenaga Nasional         13

1862 Universiti Malaysia Sabah         14

2106 Open University Malaysia         15

2127 University of Nottingham Malaysia         16

2154 Universiti Teknologi Petronas         17

2274 Universiti Sains Islam Malaysia         18

2993 Universiti Pendidikan Sultan Idris         19

3333 Taylor's University College         20

3450 Universiti Teknikal Malaysia Melaka         21

3847 Universiti Tunku Abdul Rahman         22

3859 Universiti Malaysia Terengganu         23

4571 Universiti Malaysia Sarawak         24

5011 Universiti Tun Abdul Razak *         25

5068 Monash University Malaysia         26

5266 Universiti Industri Selangor         27

5375 Wawasan Open University         28

5528 UCSI University         29

5554 Curtin University of Technology Sarawak Campus         30

6117 Asia Pacific Institute of Information Technology         31

6628 International Medical University         32

6716 Help University College         33

6795 Tunku Abdul Rahman College         34

6809 Al Madinah International University         35

6867 Universiti Kuala Lumpur         36

6995 National Defence University of Malaysia         37

7003 Segi College         38

7027 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul ..         39

7209 Universiti Malaysia Kelantan         40

7608 Limkokwing University of Creative Technology *         41

7826 KDU College         42

7991 Selangor International Islamic University College         43

8326 Sunway University College         44

8529 Malaysia Theological Seminary         45

8705 Malaysia University of Science & Technology         46

8772 Olympia College Malaysia         47

8864 Swinburne University of Technology Sarawak Campus         48

9345 Malaysian Institute of Management         49

9479 University of Malaya Medical Center & Faculty of M..         50

9541 INSANIAH University College         51

9879 Taman Pertanian University         52

9897 Kuala Lumpur Infrastructure University College         53

9911 International Centre for Education in Islamic Fina..         54

10114 Majlis Peperiksaan Malaysia         55

10143 Cyberjaya University College of Medical Sciences         56

10169 Disted-Stamford College         57

10169 Berjaya University College of Hospitality         58

10281 Asia e University         59

10425 KBU International College         60

10831 New INTI College         61

11254 TATI University College         62

11571 Nilai International College         63

11889 Asia Pacific University College of Technology & In..         64

11975 AIMST University         65

Saturday 30 July 2011

Wednesday 20 July 2011

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2011

TARIKH  : 22 - 24 JULAI 2011
TEMPAT: HUTAN LIPUR PANTI, JLN MERSING KOTA TINGGI




.

Tuesday 19 July 2011

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR T2






Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat, juga kepada semua guru-guru yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini

TERIMA KASIH
.

Sunday 17 July 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 2 BERSAMA KOLEJ 10, UTM

Program akan dijalankan sebagaimana berikut:

Tarikh: 19 Julai 2011

Masa:8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Dewan SMK Tun Habab

Pakaian: Pakaian Sukan Baju Maroon, Track Suit warna Gelap, Berstokin dan berkasut sekolah

Keperluan Lain: Alatulis, Buku mata pelajaran selepas rehat
.

Selamat Datang! Kepada Anda Yang Cemerlang

Blog ini diwujudkan bagi memberikan maklumat kepada anda semua yang saya fikirkan sesuai dan terlintas apa sahaja difikiran saya perlu dimasukkan di blog ini.

Dalam masa yang sama anda juga boleh merujuk blog ini melalui fesbuk saya di

http://www.facebook.com/esham.bnkth

terima kasih kepada anda yang sudi-sudikan diri menjenguk blog saya yang seadanya ini.