Wednesday 9 November 2011

10/11/2011: AKTIVITI HARI KETIGA

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar ting. 1 dan ting. 2 sesi petang kerana tidak dapat bersama-sama dengan anda pada hari ini kerana saya terlibat dengan Program Tranformasi Bina Insan di Pusat Kokurikulum Johor Kampung.  Namun saya percaya program ini akan dapat dijalankan dengan baik oleh semua warga sesi petang SM Tun Habab....

PAKAIAN:
PAKAIAN SERAGAM PASUKAN BADAN BERUNIFORM LENGKAP SEMPENA HARI ANUGERAH KO-KURIKULUM

PROGRAM SEBELUM REHAT

TINGKATAN 1: PERTANDINGAN MEMBUAT DAN MENAIKKAN LAYANG-LAYANG

a. buat kumpulan seramai 5 orang
b. bahan diperlukan plastik/kertas surat khabar sebagai badan layang-layang,

c. bahan lain lidi/buluh sebagai rangka layang-layang,
d. gam serta benang secukupnya
e. masa membuat layang-layang adalah selama satu jam dan masa untuk menaikkan layang
    -layang anda juga satu jam

TINGKATAN 2: PERTANDINGAN RUBICK-CUBE

a. dijalankan secara individu
b. sila bawa rubick-cube anda bagi menjimatkan masa pertandingan

c. pemenang dikira melalui siapa yang selesaikan dahulu dalam 3 pusingan
d. pertandingan dijalankan secara kalah mati


PROGRAM SELEPAS REHAT

TINGKATAN 1: PERTANDINGAN EKSPLORACE

a. buat kumpulan seramai  9 orang
b. peserta akan diminta menjawab soalan-soalan yang disediakan dengan betul dengan

    masa yang terpantas 
c. clue untuk mencari bahan akan disediakan

TINGKATAN 2: PERTANDINGAN JAHITAN MANIK

a. dijalankan secara kumpulan (1 kumpulan 2 orang ahli)
b. sila bawa manik untuk hiasan pada baju secukupnya

c. sila bawa jarum dan benang
d. sila bawa potongan kain/perca kain...kalau tak bawak guna kertas surat khabar ajer la nnt
e. jika ada teddy-bear/anak patung kain/ lain-lain yang boleh dihias lebih baik supaya boleh
    dijahit pada patung tu untuk kelihatan lebih cantik

No comments:

Post a Comment